Khamis, 16 Jun 2011

Mari beli baju muslimah..





Salam perkhabaran....

Bertemu sekali lagi di lembaran baru. Apa khabar rakan2 sekelian.. Semoga sihat sejahtera di bawah lindungan Allah S.W.T hendaknya. Tiada coretan indah kali ini, cuma memberi perkhabaran tentang diri setelah agak lama menyepi.

Ketika ini, dalam usaha untuk memajukan diri, mencari luang dan peluang di dalam alam perniagaan yang masih baru. Walaupun seperti teraba-raba, namun tetap juga diri ini ingin mencuba... Kekangan kehidupan yang kian menghambat diri, perlu mempersiapkan diri untuk mengharungi semua ini. Tidak boleh hanya tunggu dan berserah, tidak akan merubah apa2... Dengan waktu sama seperti semua orang, rasa macam tidak cukup untuk semuanya.. Tetapi apakan daya, 24 jam sehari tetap akan meninggalkan kita untuk mencipta hari baru walau pun kita tidak berbuat apa2...

Untuk makluman semua, aktiviti jualan masih diteruskan seperti biasa walaupun agak perlahan berikutan tuntutan rutin harian yang menghimpit diri. Mengharapkan ada pembaharuan dan tambahan produk baru satu hari nanti dan mungkin juga tidak lama lagi. Semoga Allah memberi kelonggaran waktu untukku mempersiapkan semuanya. Ya, ramai jugak yang bertanya... stok baru? Insyaallah.. akan saya cuba usahakan sebaiknya.

Sempena hari raya yang akan menjelang, nantikan kemunculan design baru .... jeng jeng jeng.... tak sabar plak saya rasa..


Sekian.


Kongsi ilmu:
http://www.adikbijak.com/