Rabu, 3 Ogos 2011

Salam Ramadhan

Assalamualaikum...


Dalam diam-diam rupanya sudah lama juga saya tidak menulis. Sibuk agaknya.. hi hi hi.. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua pembaca budiman.. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya sahaja dapat kira dipertemukan dengan bulan Ramadhan sekali lagi.. Bulan keampunan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Saya berpesan pada diri sendiri dan semua supaya mengambil peluang ini untuk menggandakan lagi amalan seharian kerana kita tidak akan tahu sama ada kita berpeluang berjumpa bulan Ramadhan lagi di masa hadapan...

Saya ingin mewar-warkan kepada pembaca sekelian bahawa perniagaan saya mungkin akan beralih arah tidak lama lagi. Dengan kata lain mungkin tutup kedai.. mungkin la.. Ini adalah disebabkan kekangan masa dan pelbagai faktor lain yang sedikit sebanyak menganggu gugat perjalanan perniagaan saya yang baru nak melangkah ini.. Al-maklumlah.. orang baru, masih banyak yang saya perlu belajar di dalam selok belok perniagaan untuk boleh berdiri kukuh di dalam arena ini sebaris dengan yang lain. Buat masa ini untuk bingkisan di penghujungnya ini masih lagi saya menggunakan imej pakaian muslimah.. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mencari pembeli stok pakaian muslimah yang masih ada. Jika berminat, sila sms saya 019-2759577.

Mungkin ruangan ini suatu hari nanti akan menjadi medan berkongsi ilmu atau cadangan tanpa berbentuk perniagaan bermotif keuntungan besar. Kalau ada pun sikit-sikit untuk membantu kenalan atau menyebarkan sesuatu yang baru kepada semua.. Seperti contoh di bawah ni...


Tepung Pra Campuran
Chocolate Moist (430 gm)
RM8.00


Tepung Pra Campuran
Apam Gula Hangus (380 gm)
RM7.50


Tepung Pra Campuran
Kek Pisang (380 gm)
RM7.50

Sekian sahaja untuk kali ini. Mudah-mudahan berjumpa lagi.

Wassalam.